Sunday, 6 May 2012

Sahabat Sejati

Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak lelakinya:''Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu. 
  2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu. 
  3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. 
  4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu. 
  5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu. 
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya. 
  7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 
  8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannnya. 
  9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. 
  10. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 
  11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. 
  12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. 
  13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 
  14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sahabat adalah orang yang sangat penting selepas keluarga kita bahkan kadang-kadang kita lebih selesa mintak bantuan dari seorang sahabat berbanding ahli keluarga sendiri.

Terima kasih kepada semua yang bergelar sahabat kepadaku... Semoga Allah memberi rahmat kepada kita... Amin...

No comments:

Post a Comment