Konon nyer nak tdo awal sok pepagi leh bangun awal nak gi keje... So dengan gigih kul 10 tepat aku masuk tido... Huwaaaaa. Sekali kul 12 Zarif nak susu... Dah minum susu aku plak yang terkebil-kebil x leh tido... Kul 2 plak si kecik Zaid plak bangun nak susu... Dah siap aku tukaukan diapers dia,,, pusing kiri salah, pusing kanan x kena gaya... last-last amik hp bukak fb... tengok update member-member cam best aje citer kat tb... Dengan gigih kul 3 on tb,,, x ckup syarat on lappy sekali....
Huwaaaaa. Kul brape nak tido camni...
Perjalanan dan pelayaranku tentang kegembiraan, kesedihan,keinsafan, kekeluargaan dan yang sewaktu dengannya...
Sunday, 24 June 2012
Thursday, 21 June 2012
GroRich - Syampu
Aku kini dalam tempoh percubaan menggunakan syampu Grorich ni.. Dah 3 minggu dah guna syampu keluaran yang sama dengan bio essence ni..
Buat masa ni memang x de langsung perubahan yang ada. Sangat frust... Rambut masih gugur pada kadar yang sama..
Pasni abis syampu ni ingat nak pegi merayau kat Nadira Shop cari syampu berasaskan herba plak... Kawan aku ari tu bagi aku cuba syampu daun buanga raya keluaran HPA. dia pakai syampu ni rambut dia dah tak gugu tapi aku tak sesuai plak dengan syampu ni... kepala rasa sangat gatal...
Pening... pening...
Buat masa ni memang x de langsung perubahan yang ada. Sangat frust... Rambut masih gugur pada kadar yang sama..
Pasni abis syampu ni ingat nak pegi merayau kat Nadira Shop cari syampu berasaskan herba plak... Kawan aku ari tu bagi aku cuba syampu daun buanga raya keluaran HPA. dia pakai syampu ni rambut dia dah tak gugu tapi aku tak sesuai plak dengan syampu ni... kepala rasa sangat gatal...
Pening... pening...
Penerbitan
Penerbit atau penerbitan adalah industri yang mengeluarkan dan memperbanyakkan sesebuah literatur dan informasi- atau aktivit-aktivit yang menawarkan informasi yang terkini serta dapat dimanfaatkan oleh publik.
Penerbit dari sistem penerbitannya dibezakan sebagai penerbitan umum (konvensional) dan juga penerbitan dengan sistem sendirian dimana penulis sebagai penerbitnya.
Secara tradisional, istilah ini membawa kepada usaha pengedaran dalam usaha percetakan seperti buku sama ada ilmiah atau tidak dan surat kabar. Dengan perkembangan sistem teknologi informasi, istilah penerbitan membawa makna yang meluas, dimana memasukkan unsur-unsur buku elektronik, seperti e-book dalam sebuah website ataupun blog.
Dalam perkembangannya, penerbit buku memiliki segmen pasar tersendiri. Ada buku umum, bukpel (buku pelajaran), maupun buku-buku agama, contohnya buku Islami, buku rohani, dan sebagainya.
Apa Itu Penerbitan?
Mengikut kamus dewan terbitan DBP, penerbitan berasal dari perkataan terbit yang bermaksud keluar atau sebar. Penerbitan membawa makna sebarang penyebaran dan pengeluaran maklumat untuk disampaikan kepada umum. Perlulah diingatkan bahawa penerbitan hanyalah merujuk kepada penyebaran maklumat sahaja dan bukannya perkara-perkara lain.
Penerbitan secara kasar terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu:
1. Bahan bertulis seperti majalah, akhbar, makalah, artikel, buletin dan sebagainya. Malah boleh juga dianggap sebagai penerbitan bertulis ialah artikel-artikel yang disebarluaskan melalui alam maya. Berpuluh-puluh ribu laman web yang dibina sejak akhir-akhir ini bagi menyebarkan segala jenis maklumat atau pendirian tentang apa-apa isu menunjukkan bahawa penerbitan jenis ini semakin diterima dan diguna secara meluas oleh masyarakat.
2. Bahan eletronik seperti siaran televisyen, e-book, e-journal, website, radio dan juga penyebaran maklumat melalui kaset, video dan cakera padat. Ia melibatkan program-program seperti berita, dokumentari, filem, drama, ceramah, lagu dan sebagainya.
Dengan tidak menafikan adanya bahan-bahan penerbitan yang terkeluar dari kedua-dua kategori di atas, penulis berpendapat bahawa kedua-dua kategori di atas adalah mewakili sebahagian besar dari kaedah penerbitan di dunia pada hari ini.
Dalam membicarakan apa-apa saja topik, kita tidak mungkin dapat memisahkan diri dari memperkatakan tentang pandangan Islam. Apatah lagi sebagai seorang muslim yang meyakini bahawa Islam bukan setakat adat budaya tetapi cara hidup yang memagari kehidupan manusia.
Di dalam Islam, penerbitan atau apa-apa jua kaedah yang wujud yang berupaya untuk menyebarluaskan dakwah tidak diharamkan malah digalakkan kepada orang Islam untuk menguasainya.
Sejarah awal Islam juga menunjukkan bagaiman Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja sekitar tanah Arab supaya memeluk Islam di mana pada surat tersebut termaktub seruan dakwah dan penjelasan ringkas tentang Islam. Begitu juga apabila para sahabat yang dianggap sebagai petunjuk selepas Rasulullah SAW telah mengambil langkah untuk menulis dan mengumpulkan semula Al-Quran di dalam satu mushaf. Sejarah juga mencatatkan kewujudan sahabat-sahabat yang dianggap sebagai ahli sastera mencipta syair-syair untuk mempertahankan Islam. Malah, tidak salah jika disebut pengumpulan dan penulisan hadis yang dipelopori oleh ulama-ulama hadis terkemuka telah banyak menyelamatkan akidah manusia dan umat Islam. Bayangkan seandainya bidang penerbitan khususnya penulisan tidak diendahkan oleh para ulama pada masa tersebut!
Dalam erti kata lain, penerbitan secara umumnya boleh digunakan sebagai salah satu wasilah dakwah kepada manusia. Menurut kaedah usul fiqh, apa-apa saja yang wajib yang tidak sempurna kecuali dengannya turut dianggap wajib. Menyampaikan dakwah dan menegakkan amar makruf nahi munkar adalah satu kewajipan, maka seandainya penerbitan adalah satu kelengkapan kepada dakwah, dengan sendirinya menguasai bidang penerbitan menjadi satu kewajipan kepada umat Islam.
Di zaman ketika masih belum wujudnya sebarang kaedah penerbitan, mungkin manusia tidak memerlukan kemahiran di dalam bidang ini, apatah lagi tidak manusia yang mengendahkan sebarang perkembangan maklumat terkini tentang apa-apa isu sekalipun. Manusia pada zaman awal tentunya menganggap agenda untuk hidup melebihi segala-galana. Apa yang paling penting untuk difikirkan pada hari ini ialah apakah yang akan dimakan esok hari!
Namun keadaan hari ini jauh berubah daripada kelmarin. Pertembungan budaya, tamadun dan ideologi dari timur ke barat mengakibatkan persaingan yang tidak putus-putus. Barat selepas zaman gelap (dark age) adalah Barat yang mempunyai nilai-nilai positif yang seharusnya dimiliki oleh umat Islam. Mereka bangun dari tidur dan terus mencipta pelbagai kemajuan mengatasi apa yang asalnya dimiliki oleh umat Islam. Akhirnya, penguasaan maklumat oleh barat menghasilkan kebergantungan ketara umat Islam terhadap mereka samada dari sudut teknologi, tamadun, budaya dan juga maklumat. Cengkaman yang begitu hebat media masa barat terhadap pemikiran penduduk dunia membuktikan kewujudan senario ini. CNN dan ABC sebagai contoh adalah dua rangkaian media barat yang menjadi lambang keagungan penguasaan mereka terhadap maklumat.
Ledakan teknologi maklumat sejak akhir-akhir ini khususnya apabila penggunaan internet semakin meluas semakin mendesak umat Islam supaya turut serta di dalam perkembangan ini. Terlalu banyak perkara yang harus dilakukan oleh kita di dalam bidang penerbitan, antaranya :
1. Menghasilkan artikel-artikel yang boleh menjawab segala macam bentuk tuduhan dan fitnah busuk terhadap Islam.
2. Membina rangkaian media yang mampu memberikan maklumat alternatif kepada umat Islam.
3. Menghasilkan satu budaya hiburan yang benar-benar berteraskan Islam. Ia diharapkan mampu menjadi hiburan alternatif khususnya kepada remaja-remaja.
4. Menerbitkan buku, majalah, akhbar, makalah dan buletin yang mampu mengetengahkan persoalan-persoalan menarik khususnya kepada golongan sasaran.
5. Sentiasa sensitif terhadap perkembangan dunia penerbitan semasa samada bersifat negatif atau positif. Kepekaan ini membolehkan kita menyelamatkan keadaan.
Andainya disebut satu persatu peranan yang sepatutnya dimainkan oleh golongan yang mempunyai kesedaran, tentunya ruang ini tidak akan mencukupi. Apa yang penting ialah kita perlu menyedari bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam menguasai dunia penerbitan sebagai salah satu wasilah amar makruf nahi munkar. Semoga setiap usaha ini walaupun kecil dikira sebagai satu sumbangan terhadap perjuangan Islam, Insya-Allah.
Wednesday, 20 June 2012
Sekolah ku
Aku dilahirkan di kalangan abah dan nenek yang tinggi dengan ilmu agama. Bukan untuk dibangga tapi sebagai peringatan supaya aku berada di landasan yang betul. Kan aku membawa nama abah ke mana saje aku pergi... Kalau aku buat jahat orang akan kata 'anak saper la tu'. "Eh, teruknye perangai budak ni. Mak bapak dia x ajau ker"... Kan kesian mak dan abah aku. So aku kena sentiasa diingatkan dan berpegang... 'sentiasa buat baik supaya mak aku tak kena tempias dan abah aku yang aman di alam barzakh tidak dicerca.
Pas darjah 6, aku masuk sekolah aliran Arab. Amik ko. Pada hal nak cakap arab sepatah pun tergagap. Sekolah tu bermula dengan remove class (kelas peralihan) pastu baru tingkatan 1. Cabaran betul sebab aku ni mangkau orang nyer.. Sebab tu di antau ke sekolah arab biau insaf sikit. Hahaha. Aku berjaya gak mengharungi 6 tahun di sekolah Arab tu... Dengan keputusan yang dikira baik konon nak g Jordan.. tapi apa kan daya aku kan anak abah. Abah suh sambung tingkatan 6 sebab Jordan tu jauh sangat katanya... So bermula lah aku di sekolah lain dan masih memakai baju sekolah. Result STPM aku kuar aku pun apply ler Universiti.. Course yang diminta tentulah aliran Arab, Pilihan pertama syariah, Arab, Usuluddin..
Tapi amat pelik bila call upu online dapatnya di UPM. Course nyer adalah KOMUNIKASI...
Bermulalah peralihan dari Arabis ke Social Humanistic..
And now i really love communication because communication is part my life... everything every second...
DONE...
Tapi amat pelik bila call upu online dapatnya di UPM. Course nyer adalah KOMUNIKASI...
Bermulalah peralihan dari Arabis ke Social Humanistic..
And now i really love communication because communication is part my life... everything every second...
DONE...
Muhammad Zaid Haziq
Esok Anak bongsuku ini genap 4 bulan..
Progresnya mulut makin bising bercerita bahasa dia.
Perbezaan ketara antara ZArif dan ZAid... Zarif suka sangat menangis. Haipppp. Bila nak berubah. ZAid suka sangat ketawa. pAntang orang lalu depan dia menegur aje dan ketawa.
Kadang-kadang kesian gak ngan anak bongsuku ni.. Kurang dapat layanan dari aku sebab si bangah nyer kuat sangat cemburu... Kalau aku pegang ZAid lama sikit puas ler budak tu kena cubit, tarik kaki tangan, tarik rambut dsb... Langkah selamat letak aje baby so dia x kacau... Sian anak bongsu aku. Huhuhuhuh..
Progress 4 bulan asngat memberansangkan... Cuma sekarang kurang sikit dia nak minum susu. Mak aku kata sebab nak ringankan badan kot...
Progresnya mulut makin bising bercerita bahasa dia.
Perbezaan ketara antara ZArif dan ZAid... Zarif suka sangat menangis. Haipppp. Bila nak berubah. ZAid suka sangat ketawa. pAntang orang lalu depan dia menegur aje dan ketawa.
Kadang-kadang kesian gak ngan anak bongsuku ni.. Kurang dapat layanan dari aku sebab si bangah nyer kuat sangat cemburu... Kalau aku pegang ZAid lama sikit puas ler budak tu kena cubit, tarik kaki tangan, tarik rambut dsb... Langkah selamat letak aje baby so dia x kacau... Sian anak bongsu aku. Huhuhuhuh..
Progress 4 bulan asngat memberansangkan... Cuma sekarang kurang sikit dia nak minum susu. Mak aku kata sebab nak ringankan badan kot...
Tuesday, 12 June 2012
Bio Essences - 12/6/2012
Update...
![]() |
Marvel Gel... Sangat bagus |
![]() |
Pencuci Muka - Bird Nest.. |
![]() |
Toner 2 - Bird Nest |
![]() |
Fading Spot... Pakai lama baru nampak kesan. |
![]() |
Sangat sesuai dengan kulitku ini |
![]() |
Suka bau nya dan kurang minyak |
![]() |
Serum |
![]() |
Toner 1 |
Monday, 11 June 2012
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Alwi dan Masliana... Moga kekal hingga ke syurga...
Friday, 8 June 2012
Clinique...
First trial... Beli lipstick Long Last -19- (For reminder number for the next buying..
Beli lipstick free lash volume mascara. Hehehehe. Puas ler memujuk salesgirl tu bagi free gift. ngeh ngeh ngeh...
Kalau ok, next time leh continue...
Beli lipstick free lash volume mascara. Hehehehe. Puas ler memujuk salesgirl tu bagi free gift. ngeh ngeh ngeh...
Kalau ok, next time leh continue...
Tuesday, 5 June 2012
Puasa...
Tahun lepas aku puasa penuh sebab... Aku termengandung kan.. Hahaha.
Biasanyer tetiap tahun rejab syaaban ni pulun nak ganti puasa. Tapi tahun ni aku relax jek... Cuma puasa sunat rejab aje aku lum berjaya buat even sehari pun... Insaf lah Azazack.. Puasa Sunat tu banyak benau manfaatnyer... So kuatkan semangat untuk mula puasa next week yek... Sebab minggu ni Siti Muhaini peod. Hahaha.. Kami biasa puasa sekali. Baru kuat sikit semangatnya...
Biasanyer tetiap tahun rejab syaaban ni pulun nak ganti puasa. Tapi tahun ni aku relax jek... Cuma puasa sunat rejab aje aku lum berjaya buat even sehari pun... Insaf lah Azazack.. Puasa Sunat tu banyak benau manfaatnyer... So kuatkan semangat untuk mula puasa next week yek... Sebab minggu ni Siti Muhaini peod. Hahaha.. Kami biasa puasa sekali. Baru kuat sikit semangatnya...
Monday, 4 June 2012
Susu Oh Susu
Oh tidak... Susu anak-anak dah naik harga mendadak. Bukan singgit dua, tapi lima hengget ok..
Sebelum ni beli susu Zaid 61.90. Sekali kali ni beli dengan packaging baru yang tak berapa nak lawa naik 66.90. Huhuhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)