Wednesday, 20 June 2012

Sekolah ku


Aku dilahirkan di kalangan abah dan nenek yang tinggi dengan ilmu agama. Bukan untuk dibangga tapi sebagai peringatan supaya aku berada di landasan yang betul. Kan aku membawa nama abah ke mana saje aku pergi... Kalau aku buat jahat orang akan kata 'anak saper la tu'. "Eh, teruknye perangai budak ni. Mak bapak dia x ajau ker"... Kan kesian mak dan abah aku. So aku kena sentiasa diingatkan dan berpegang... 'sentiasa buat baik supaya mak aku tak kena tempias dan abah aku yang aman di alam barzakh tidak dicerca.
Pas darjah 6, aku masuk sekolah aliran Arab. Amik ko. Pada hal nak cakap arab sepatah pun tergagap. Sekolah tu bermula dengan remove class (kelas peralihan) pastu baru tingkatan 1. Cabaran betul sebab aku ni mangkau orang nyer.. Sebab tu di antau ke sekolah arab biau insaf sikit. Hahaha. Aku berjaya gak mengharungi 6 tahun di sekolah Arab tu... Dengan keputusan yang dikira baik konon nak g Jordan.. tapi apa kan daya aku kan anak abah. Abah suh sambung tingkatan 6 sebab Jordan tu jauh sangat katanya... So bermula lah aku di sekolah lain dan masih memakai baju sekolah. Result STPM aku kuar aku pun apply ler Universiti.. Course yang diminta tentulah aliran Arab, Pilihan pertama syariah, Arab, Usuluddin..

Tapi amat pelik bila call upu online dapatnya di UPM. Course nyer adalah KOMUNIKASI...

Bermulalah peralihan dari Arabis ke Social Humanistic..

And now i really love communication because communication is part my life... everything every second...

DONE...



No comments:

Post a Comment